Fahami Terma-Terma Insurance dan Takaful Hayat

Kadang2 Takaful nie banyak terma, dan banyak juga nama singkatan (acronym) seperti TPD, CI dan sebagainya. Terma ini adalah lingo dalam industri Takaful dan Insurans.

Terma dan Syarat

Life / Nyawa – Ini adalah perlindungan pampasan yg diberikan bila mana kita wafat atau mengalami hilang upaya penuh dan kekal (Total Permanent Disability, TPD). Dewasa ini tempoh perlindungan nyawa boleh sampai ke umur 100, tetapi TPD selalunya sehingga umur 60 atau 70.

Sakit Kritikal (Critical Illness, CI) – Sakit Kritikal ini selalunya merangkumi 36 jenis penyakit kritikal. Sebenarnya untuk CI ini, jenis perlindungan dan pembayarannya ada beberapa jenis mengikut produk dan operator takaful.

Critical Illness

Nota – contohnya untuk kanser, pembayaran dibuat bila sampai ke tahap kanser tertentu.

Medical Card – Ini agak jelas. Yang berbeza dan mengelirukan adalah, jumlah perlindungan tahunan dan sepanjang umur polisi, nilai Room and Board (R&B), nilai perlindungan ‘outpatient’ dan sebagainya. Perkara seperti cashless entry, pay and claim, co-share, smart saver.

Contributor / Payor Protect / Waiver – Secara umumnya, ‘rider’ ini memberikan jaminan, sekiranya terkena TPD atau CI, manfaat tahunan yang bersamaan dengan premium akan dibayar. Tapi kenapa perlu teruskan polisi jika sudah dapat pampasan TPD atau CI? Selalunya penting sekiranya ada rider….. ya rider Medical. Sebab kita masih mahukan perlindungan masuk keluar hospital.

Adakah anda apabila membaca kenyataan di atas bertanya pula, eh pula maksud rider. Kadang-kadang lucu juga membaca terminology insurans nie. Rider adalah perlindungan atau ciri tambahan yg dikepilkan dengan polisi utama, i.e. options / features / protection that ‘rides’ on the main policy.

Setengah syarikat takaful atau insurans mempunyai macam-macam rider atau ciri-ciri tambahan. Persoalan utama ialah, perlu ke tak? Pada hemat saya sebelum menambah rider-rider yang macam-macam ini tanyakan diri anda

  1. Budget anda bagaimana
  2. Faham betul-betul tak kelebihan rider ini
  3. Duit yang sama itu adakah lebih berbaloi untuk tambahkan nilai perlindungan asas.

Sekiranya perlukan perbandingan, analisa, atau saranan takaful hayat, boleh what’s app kepada saya utk tolong analisakan di 011-1895 3997 atau tekan What’s app me.

Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia

Syarikat Takaful mana yg terbaik di Malaysia?

Soalan – Nak pilih takaful mana nie?

Sebenarnya di Malaysia sekarang terdapat banyak operator Takaful. Malahan boleh dikatakan negara kita agak terkedepan dalam pelaksanaan and memperkenalkan takaful. 

Sebelum menjawab soalan Takaful Hayat mana paling best, perlu pahamkan jenis-jenis takaful dan syarikat-syarikat takaful.  

Berikut ialah pengelola Takaful di Malaysia (sumber BNM):

No.  Name  Ownership
1 AIA PUBLIC Takaful Bhd F
2 AmMetLife Takaful Berhad L
3 Etiqa Family Takaful Berhad L
4 Etiqa General Takaful Berhad L
5 Great Eastern Takaful Berhad F
6 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad L
7 Hong Leong MSIG Takaful Berhad L
8 Prudential BSN Takaful Berhad L
9 Sun Life Malaysia Takaful Berhad L
10 Syarikat Takaful Malaysia Berhad L
11 Takaful Ikhlas Berhad L
12 Zurich Takaful Malaysia Berhad L

Pertama sekali dapat dibezakan operator tempatan dan luar negara. Cuba perhatikan senarai tadi, atas inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM), mana-mana pengelola luar negara yang inginkan lesen operator takaful – perlu membuat kerjasama dgn syarikat tempatan — cuba yang jelas – Prudential BSN ada nama BSN, setahu saya yg lain pun ada rakan tempatan. Syabas BNM. 

OK – Jadi syarikat mana yg terbaik?

Sebenarnya soalan ini tiada jawapan hitam putih. Semua sykrt nak untung. Tapi konsep takaful menggalakkan berkongsi keuntungan dan risiko. Kalau dibanding2 kan quotation / proposal dr agent antara sykrt berlainan pun, mmg pening nak dibezakan, sbb ciri-ciri akan berbeza sedikit.

Yang penting pada saya – pilihlah syarikat yg berdaftar dgn BNM, ajennya beretika dan long term. 

Sebenarnya sebelum membandingkan offer takaful, fikirkan dulu apa ciri-ciri yg perlu. There’s no free lunch. Bila ada ciri-ciri yg ‘lavish’ seperti hospitalization income, sudah tentu ianya lebih mahal. 

Kaji kebolehan dan komitment ajen. 

Jika anda sudah pun menerima beberapa proposal takaful, anda bolehlah

what’s app kepada saya utk tolong analisakan di 011-1895 3997 atau What’s app me.


post

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan